KOTA BHARU: Lembaga Knaf dan Tembakau Negara (LKTN) sedang meluaskan kerjasama penanaman kenaf di Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, kerjasama itu dengan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Sarawak.
Beliau berkata, kerjasama penanaman kenaf dengan MFICORD itu terletak di daerah Ulu Sebauh, Bintulu berkeluasan 2,000 hektar.
"LKTN akan menjalinkan kerjasama dengan agensi dan anak syarikat di bawah seliaan MFICORD,” katanya ketika Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas LKTN.
Fadillah berkata, ini untuk menerokai konsep ladang kluster dan pembangunan berorientasikanswasta melalui syarikat tempatan yang berminat untuk membangunkan tanaman kenaf sebagai sumber ekonomi baharu.
"Saya berharap usaha ini tidak
terhenti di peringkat penanaman sahaja namun terus ke arah industri hiliran," tambahnya.
Sumber dari : Jiwa Bakti